NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 26 Oktober 2012

LEMBUT KAH DAGING??

haiiii.....
semalam mber cik mala bagi daging korban
jadi ari nie cikmala rebus daging tue.
Cikmala risau pulak takot masak nnt liat daging.nak tanya mak.kedit pulak abesnya.tengah duk layan cter wangi setanggi.Cikmala bukak en google.
kelakar ada 1 blog nie...yea2 cikmala mbacanya.ada ke dye soh lembu tue tambah T kat belakang.jadi ler lembut.hahahah...tergelak juga cikmala membacanya.
balik semula pada cerita Cikmala nak rebus daging.akhirnya Cikmala try test rebus daging sekali ngan sudu....lembutkah daging?????


Khamis, 25 Oktober 2012

SALAM IDUL'ADHA

haiiiii......
selamat hari raya aidiladha kepada rakan2 blog Cikmala sekalian.korunk balik tak raya???
Cikmala raya kat tganu je tahun nie.
jadi masing2 sebek je.haahhahha.....

Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Rabu, 24 Oktober 2012

CARA MEMBIAKKAN IKAN SEKILA


LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.

Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.
Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang masih hijau lak. Letak yang dah kering.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.
Ini la ritual bertelur
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.

HAPUS DOSA2 SETAHUN YG LALU

haiiii...
wah teruja ler tue nak tau....
ngeh3.....jom tengok apa yg Cikmala kata tue :-

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

DO'A NIAT PUASA ARAFAH
نويت صوم عرفة سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH 

Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.”

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah

♥ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.

Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

[1]Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah).

Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra

:Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

[2]Allahu a’lam bisshawab..


ANAK BUAH KESAYANGAN CIKMALA

haiiiii....
ari nie Cikmala tbe2 nak cerita pasal anak buah Cikmala yg 4 orang tue.tbe2 R.I.N.D.U kat diorg.

♥ KALAM
      ~ anak buah Cikmala no1
      ~ nama timangan Anak katan moklong
      ~ kembarnya Adam tapi meninggal
      ~ suka merajuk
      ~ suka panggil Cikmala moklong3...smp 3x
 
♥ AWIEN
      ~ anak buah Cikmala no 2
      ~ nama penuh Rabiatul Adawiyah
      ~ nama timangan anop aye moklong
      ~ sangat bijak
      ~ suka nak manja2 ngan Cikmala
      ~ banyak bertanya.
     
♥ DELISYA
      ~ anak buah Cikmala no 3
      ~ nama timangan iechaaaaaa......
      ~ dah pandai beza maklong ngan paklong
      ~ suka sangat kalu kata nak g ECMALL
      ~ selalu nak ngikut Cikmala ngan pakwe balik
          tganu
     
♥ SARAH
      ~ anak buah Cikmala no 3
      ~ nama timangan tipoh kecik moklong
      ~ suka sangat gelak.
      ~ alahan ngan habuk 40x selesema
      ~ nanges time nak susu je.
       ~ dah pandai kenal org.tak kenal je nanges
          termasuk maklong dia nie ha.jarang jupe.





APEX NAK KAWEN

haiiiiiii
kenal tak ngan Apex...bukan Apex senario tau
Apex pemain bola sepak yg glamour dulu tue.nguhahahahah......skang kureng glamour bagi Cikmala ler.

Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Apex, akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Disember ini dengan gadis pilihan hati, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey, 21.

Apex baru-baru ini mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius, dikatakan tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus.

Menurut sumber itu lagi, persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut kini sCedang rancak dibuat.Dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu.



Ahad, 21 Oktober 2012

AGAR-AGAR ROTI PELANGI

haiiii.....
Cikmala nak buat entry tentang agar-agar roti pelangi hari nie.atau dalam kata lain beledo roti pelangi.ngeeee...Cikmala amik resepi nie dari mber 1 pejabat.dia bawak kat tempat keje bagi Cikmala makan.sedap juga.

bahan-bahannya
agar2 1 plastik
gula 2 senduk
roti gardenia 8 keping
susu cair 1/2 tin @ 1 tin kalu nop sedap
telor 1 biji @ 2 biji kalu nop sedap lagi.
sedikit esen vanila

cara2nya
♡ panaskan agar2 bersama 4 cawan air
♡ bila agar2 dah cair masukkan gula 2 senduk.kacau2.
♡ sementara tue blender roti gardenia 8 keping masukkan air 2 cawan.masukkan susu cair 1/2 tin.
♡ letak telor dan masukkan vanila esen

masukkan bahan2 blander ke dalam agar2
tutup api dan asing2kan untuk letak warna
warna ikut suka ati korunk lah.korunk yg nak makan kan.

selepas itu masukkan 1 warna ke satu warna.letak di bahagian tengah sampai abis acuan agar2 td.pas2 letak lam peti.dah siap untuk di makan.


SUBHANALLAH

haiiiiii...
Cikmala nak tunjuk kat korunk nie ha
Cikmala amik kat FB

Subhanallah, Gambar Janin Haiwan Ketika Masih Dalam Rahim Ibunya [Gambar]

Gambar  menakjubkan ini di ambil oleh Peter Chinn yg kemudian di jadikan film dokumentar" Extraordinary Animals in the Womb "yang di terbitkan oleh National Geographic.









Sabtu, 20 Oktober 2012

ATM vs THE RED WARRIORS

haiiii......
malam nie Cikmala laki bini memang niat takmau keluar.bb nak tengok bola.siap beli kfc ngan donashi big apple nak layan depan tv.hehehehh.....Cikmala nak tergelak tengok rambut zaquan adha (ATM) skema gler.tapi masih qiut.gooooooolllll minit ke 44.cayyok la nushahrul idlan talaha (makyong).

penuhkan stadium3
kelate yg patut,,yang patut.
meney pialO malaysia
lawe ATM pialO ke tigo  BUAT tahun 2012...lalallalala.

MISI 3 PIALO
sek kito jange pecoh
sek kito jange pecoh
sek kito jange pecoh
go..go..GO..GO
sumbak gol
masuk gol
Cikmala galok nyanyi lagu ala2 UNTUK DIA





FAKTA BUKAN AUTA

Tip kesihatan cara Rasulullah

Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.

Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.

Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.

Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung. 

Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.

Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Jumaat, 19 Oktober 2012

DITIMPA BENCANA/MUSIBAH/KEHILANGAN

apabila kita ditimpa bencana / musibah / kehilangan

1. katakan innalillahi wa inna illahi rajiun.kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali.

2. sebutkan aku redha dan hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah

3. berdoa untuk dapat yang lebih baik di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.

DATIM KAT PANTAI BATU BURUK

haiiiii.....
bangun tdo petang tadi
pakwe Cikmala ajak g lepak2 pantai batu buruk
tengok orang main jet ski.
bb ombak kuat ari nie.
sambil makan jagung bakar.ngeeeeee









SORU DI OLDTOWN

haiiii.....
dah banyak ari dapor umah tak berasap
asik soru kat luar je seminggu nie
cikmala pon memang malas nak masak.ngeeee
pakwe ajak makan kat luar,
apa lagi naik ler tocang.
destinasi oldtown kuala terengganu.
pas2 ingat nak cari kasut sukan
alamak,,,sive takdeq daaaa











KONFLIK DI TEMPAT KERJA


Konflik
 Konflik merupakan suatu elemen dalam 
kehidupan manusia sama ada di tempat 
kerja atau di luar tempat kerja. 
 Ianya tercetus disebabkan seseorang itu 
mempunyai kemahuan dan pengharapan 
yang sering bercanggah dengan 
kemahuan dan pengharapan orang lain 
samada majikan, rakan sekerja, keluarga 
sendiri atau individu lain yang perlu 
berurus dengannya.


Konflik Antara Manusia 
(Interpersonal)
 Konflik antara manusia berlaku di mana-mana 
sahaja terutamanya di tempat kerja. 
 Sumber yang tidak mencukupi, percanggahan 
pendapat dan persepsi, tersalah anggap dan 
sebagai merupakan sebab-sebab timbulnya 
konflik ini.  
 Berlaku di mana terdapatnya hubungan manusia 
terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi 
dan bekerja bersama untuk mencapai matlamat 
yang sama tetapi berlainan peranan, 
tanggungjawab dan keperluan.  


4 Jenis Isu Pencetus Konflik
Terdapat 4 jenis isu menyebabkan 
tercetusnya konflik antara manusia.
 Tidak setuju dengan maklumat/tujuan
 Tidak setuju dengan cara melakukan 
tugas
 Tidak setuju dengan suatu 
keterangan/fakta
 Tidak setuju dengan nilai (benar/salah) 


Petunjuk Konflik 
 Sikap tidak bekerjasama
 Percanggahan personaliti
 Perbezaan matlamat
 Matlamat yang tidak cukup penjelasannya
 Kemahiran berbincang secara terbuka
 Rendah kemahiran mendengar
 Penggunaan bahasa yang rendah
 Peranan yang bersesuaian
 Mengabai perintah
 Kurang keterbukaan
 Kurang kerjasama
 Perbezaan pendapat tentang cara kerja
 Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian
 Kekurangan maklumat berguna



Khamis, 18 Oktober 2012

SORU KAT RUMAH

haiiii....
ari nie pagi2 Cikmala g maidin mall
nak beli lauk untuk masak tengahari
cuaca kat tganu ari nie ujan je kejenya.
jadi Cikmala bawak payong.baru guna ari nie
letak kat kaunter.balik,cari2 payong tak jumpa.dah sah ada org amik dah.geram sungguh Cikmala.tbe2 Cikmala nampak payong wane pink.hah,,tu dia.pakwe Cikmala terus capai.tengok buruk je.ada itam2.alamak,,tersilap amik org punya.jadi belasah saja la. ^_^




KAMERA AES

haiiii....
pnah dengar tak pasal kamera aes nie?
cikmala pon selalu dengar.
selalu dengar bb pakwe Cikmala selalu duk bebel pasal benda alah nie.
fakta yg perlu anda tahu » sila lihat gambar
gambar kecik!!!!!!
ngeh3.....Cikmala pon tak tahu nak besarkan mcmana.bb bukak blog pakai tpon.hahahahhaha


Rabu, 17 Oktober 2012

PASAR MALAM KUALA IBAI

haiiiii.....
balik keje semalam.
pakwe Cikmala ajak g pasar malam kuala ibai.
cuaca ok, jadi kitorang laki bini naik cik pinky.
wah,,,ramai gler org.Cikmala rasa takmau mkn nasi ari nie.pakwe Cikmala beli nasi kerabu kat restoran nasi kerabu thai jalan pasir panjang.
kat pasar Cikmala beli tongkeng ayam rm3,roti john ayam rm2,kek 3 rm6 pas2 buah manggostin 2 kilo rm10.jalan2 jumpa la org jual ikan sekila.beli la sekor wane merah biru ekor kembang.ngeeeeee rm5.




RENDAH DIRI DIHADAPAN ALLAH SWT

haiiiii.....
Cikmala nak cerita pasal tajuk kat atas tue ari nie.jangan marah r.panjang lebar je.nie mungkin salah satu sebab kenapa doa Cikmala tak dimakbul kan ALLAH.mungkin Cikmala terlalu terburu2 dalam berdoa agaknya.....

doa hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah SWT.
SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul.
Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan

Allah telah berfirman:Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)

Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah.

Nabi SAW bersabda:“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)

Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.

Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta.

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya.

Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (Riwayat Imam Ahmad)

Begitulah resam seorang insan yang selalu lupa tentang apa yang telah dikurniakan Allah yang hakikatnya lebih banyak berbanding permintaannya yang dianggapnya tidak dimakbulkan itu. Malah menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa ada waktunya Allah menggantikan apa yang dipinta oleh hamba-hamba-Nya itu dengan menghindarkan diri mereka dari ditimpa kemalangan ataupun apa-apa jua bentuk musibah.

Ada ketikanya Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan dan dikurniakan sebagai ganti berupa ganjaran pahala di akhirat yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kepada hamba-hamba-Nya.Insan tetap insan yang sebagaimana telah kita semua sedia maklum terbelenggu dengan pelbagai kelemahan.

kenapa tatkala merasakan Allah seperti tidak memperkenankan doa-doanya, seseorang insan itu tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.Bagaimana mungkin Allah ingin menjawab permintaannya itu sekiranya seseorang itu sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat serta meninggalkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”. (Riwayat Tirmidzi)

Tidak dapat dinafikan kelalaian seseorang dalam menurut perintah Allah dan juga tewasnya seseorang dengan godaan hawa nafsu merupakan penyebab utama terhalangnya kurniaan kebaikan (seperti mudah termakbulnya doa) daripada Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Firman-Nya:Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (al-Ra’du: 11)

Mana mungkin Allah SWT akan memperkenankan sesuatu permohonan jika hamba-hamba-Nya tidak mempedulikan perkara halal dan haram dari segi sumber rezeki, pemakanan dan pakaian-pakaiannya dalam kehidupan seharian.

Firman Allah:Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51).

Dan Dia berfirman:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah:172).

Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu.

Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Riwayat Imam Muslim)

Sikap terburu-buru sesetengah insan dalam meminta doanya agar dimakbulkan segera sehinggakan wujud perasaan putus asa apabila permintaan tersebut tidak tercapai merupakan antara faktor yang menyebabkan terhalangnya doa itu diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Sewajarnya setiap insan tidak putus harapan dalam berdoa dan tetap memperbanyakkan amalan berdoa. Keyakinan bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa hamba-hamba-Nya juga merupakan faktor yang dapat mempermudahkan termakbulnya doa.Sekiranya doa itu diyakini sebagai ibadah maka hendaklah kita menghadapkan doa itu ikhlas hanya kepada Allah SWT tanpa sebarang perantaraan yang bertentangan dengan syarak dan tatacara berdoa itu juga hendaklah bersesuaian dengan sunah Rasulullah agar ia diterima oleh Allah SWT. Doa itu hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah dan dengan suara yang perlahan.

Firman-Nya:Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)

Justeru, hendaklah setiap insan melazimkan diri mereka dengan berdoa. Pada masa yang sama hendaklah setiap insan itu juga berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dalam menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya agar ia dapat memudahkan termakbulnya doa.

Sabtu, 13 Oktober 2012

TUNGGU SEBENTAR

Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah

Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah

Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah

Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut cara Rasulullah
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbarBertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah

Tunggu sebentar solatlah dulu

CEMBURU DAN HASAD DENGKI

❖ Berbahagialah dan lafazkanlah syukur apabila melihat insan di sekelilingmu memperoleh nikmat yang tiada terhingga dari Yang Ilahi. Sucikanlah hatimu dari perasaan cemburu dan hasad dengki, kerana itulah racun berbisa yang bakal menghancurkan ukhwah sejati
 Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar (Al-Hadis)

TER KUALA IBAI

haiiii.....
hari nie adalah ari detim Cikmala.
^_^ ronda2 bando kuala terengganu ngan pakwe.pas2 g makan.makan pulak tempat banyak gler en.lalat.emmmm,,,tempat bukan main la.opsssss, lupa plak sebelah tue kandang kuda.ngeeeee.......masa nak balik,singgah kedai ikan.bb nak tgk aquarium baru untuk anak2 Cikmala kat umah tue.abes RM100 ari nie untuk dye saja.





ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...