NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Ahad, 30 September 2012

SUAMI ISTERI YG DILANDA KEBOSANAN

haiiii
tak bleh blah dengor tajuk
hahahaah......nak muntah brasa
korunk jgn muntah dulu OK..... ^_^
semalam punya la bosan.
kuar makan dulu pas2 naik motor ronda 1 bandar kuala terengganu.pas2 g cari bekas nak letak ikan yg comei2.nak bela ikan la pulak.belom apa2 dah mati 3 ekor anop ikan kecik2.nampak tak si comeiiii lam balang kaca tue?ngeeee......
pas2 g ronda pulak kawasan istana.nampak lampu gatal pulak nop bergambor laki bini.seb baik dop ujan bb Cikmala ngan pakwe merempit malam nie.balik tengok cerita KUPETIK DOSA lakonan fasya sandha.tengok sampai abes.







Sabtu, 29 September 2012

PROSEDUR IUI KALI PERTAMA

Haiiii....
2 hari Cikmala tunggu saat2 tbe nya pagi ahad nie.hari nie kali pertama Cikmala nak buat prosedur IUI.siap je parking,terus daftar.nurse bagi bilik 1 untuk pakwe Cikmala keluarkan sample.Cikmala ngan pakwe duk tergelak je kat dlm.bilik siap ada tv dan sofa bagai...lepas 2 Cikmala ngan pakwe g makan dulu ec perot.bb proses pemilihan sample yg berkualiti makan masa sejam.dah siap makan,Cikmala duk kat luar.tbe2 nurse tpon suruh masuk.doktor dah menunggu.apa lagi semangat gler la.tak sampai 10 minit pon.doktor bagi Cikmala rehat dalam setengah jam kat katil...pas2 dah rest,nurse suruh Cikmala makan ubat duphaston untuk kuatkan rahim.dan Cikmala dapat mc 1 ari.wah,seronok rasa ari nie.kerja rumah pakwe yg buat...hahahahah....




KOLEKSI FRIDGE MAGNET LAGI

haiiii
Cikmala dpt lagi koleksi fridge magnet
pakwe Cikmala naik Air Asia ke sarawak
ada pulak fridge magnet yg comei2
sebelom pegi Cikmala dah ingatkan dulu
^ jgn lupa beli fridge magnet tau ^
owh..eppy sangat bila nak buka peti ais.
hahahaha



Rabu, 26 September 2012

SCAN TELOR

haiiii.....
ari nie Cikmala bangun pagi2
solat subuh dan siap2 nak pergi HSNZ K/Trg
Cikmala ada temujanji dengan Doktor pakar
untuk scan pembesaran telor ari ke 12 period.
nak parking kereta sempot kalu kat hospital nie.ramai betul org.tue tak kira nak daftar kat kaunter lagi.siap2 daftar.nurse suruh Cikmala tunggu doktor sekejap.tunggu dlm 5 minit.Cikmala tgk ramai org yg senasib ngan Cikmala ari nie nak wat iui.bila nurse panggil Cikmala siap2 baring atas katil yg disediakan kat situ.
bila Doktor scan.Doktor cam terkejut,pastue Cikmala curi2 dgr perbualan Dr ngan nurse tue.awak bg apa kat dye,telor banyak n besar keluar nie?nurse tue jawap saya bagi cam biasa je Doktor.clomid....pas2 Doktor tanya bape lama dah kawen? nurse jawap 5 tahun....pas2 nurse tue cakap kat Cikmala.dik,mintak2 awak ngandung la nnt.bb telor awak besar molek.cikmala jawap dalam ati Insya,Allah....Amiiin,mudah2an....dalam ati berbunga2..hahahahha...
kali nie Cikmala kena mkn ubat banyak sikit.bb batuk,selesema.yg buat Cikmala takut esok malam kul8.30 Cikmala kena cocok ubat tue sendiri kat perot.bukan takut apa.takut tersilap cocok.jadi yang pasti ari ahad pagi Cikmala ngan pakwe akan buat PROSEDUR UNTUK IUI.doakan Cikmala yea semua....^_^
yang bertambah eppynya pakwe Cikmala manja2 kan sangat Cikmala ari nie.heeeee....(gelak gatal)


SPEGETI BEBoLA DAGING PREGO

haiii....
semalam Cikmala pegi GIANT
pakwe Cikmala sambar spegeti ngan sos Prego
ari nie Cikmala masak
^SPEGETI BEBOLA DAGING PREGO ^
sampai menambah pakwe Cikmala
bebola daging Cikmala beli yang segera
tak payah nak buat2 sendiri OK.
amik kau penuh 1 pinggan kuah dye
smp tak nampak spegeti dah.....

Bahan-bahan untuk Sos:
1 labu bawang besar dicincang .
3 ulas bawang putih-cincang.
1 tin Sos Spaghetti  tomato Prego tradisional.(300gm)
1 tangkai daun ketumbar.
garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.
1 batang carrot

Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.Masukkan sos Prego dan kacau rata.
Masukkan 1/2 tin Prego air dan biarkan mendidih sekejap.Kemudian masukkan bebola daging tadi dan kacau hingga sebati.Akhir sekali masukkan sedikit garam,serbuk lada hitam dan gula mengikut selera masing masing.jadi korang kena seimbangkan rasa manis..masin dan masam....Taburkan dengan sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan bersama Spaghetti....



NASIHAH

Lirik Lagu Nasihah – Iwan Syahman

Terbentang luas saujana
Didua lorong berliku
Kiri kanan nun disana
Pilih la antara satu
Usia tidak terbatas
Akhirnya ke hujung juga
Ketika al falkan diri
Senja takkan jumpa lagi(Korus)
Tiada satu pun dibawa
Bersama perginya
Diruang gelap dan sunyi
Menunggu saatnya bicara segala dosamu
Usah ditanya dimanakah hartaku
Dimana temanku isteriku anak-anakku
Tiada jawabannya,
hanyalah amalan sucimu
Yang menentukan tempatmu(Ulang Korus)
Ya Ilahi ampuni hamba Mu

CIKMALA DAH CRAZY

haiiii......
Cikmala update Blog pakai phone.ngeeeee.....
jadi banyak story mory ngan gambar2 yang tak sempat Cikmala nak update.
kali nie Cikmala nak cerita pasal yang Cikmala dah gila atau dlm bahasa english Crazy.hahahaha....nape Cikmala dah gila????
Cikmala gila nak pergi KK HOME DECO ngan KEDAI HIASAN ROMANTIKA.
Cikmala dah pujuk pakwe nak pegi Romantika Paka.Alhamdullillah......pujukan nampaknya berjaya.hahahahaha...nak borong abes hiasan english style yg comei2....




Selasa, 25 September 2012

TIPOH KECIK MOKLONG

haiiii.....
korunk pelik ke ngan tajuk kat atas tue?!!!
hehehheeh.....
tipoh kecik moklong tue
nama manja Cikmala untuk anak buah Cikmala yg bongsu nursarah annisa nama dye
2 org lagi anak buah cikmala pon ada juga nama manja..hahahah...jgn tak tahu
yg sulong- anak katan moklong
yg no dua- cenawin moklong
yg last-tipoh kecik moklong. ♥♥
2 minggu rasanya si kecik nie duk kat umah Cikmala.ari nie dah balik.cedey pulak Cikmala.huhuhuhu......kul11 pagi naik bas.1 ari dye duk gelak kalau pakwe Cikmala duk agah.







Ahad, 23 September 2012

RAHSIA INSAN CEMERLANG

Tips rahsia menjadi insan

yang cemerlang datangnya dari akal dengan jiwa yang mantop!!!
Alhamdulillah perkongsian yang berbentuk motivasi hari ini semoga ianya bermanfaat untuk anda dan diri Cikmala sendiri. Insyallah. Rahsia menjadi insan cemerlang ini di inspirasikan oleh Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah sendiri. Cikmala pernah dengar banyak kali di tv ataupun di radio.

Adab dalam makan dan minum.
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa insyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki.
♥sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyallah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
♥Makan buah-buahan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam, ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
♥Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
♥Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib. Ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.

Adab di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit). Boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri. Ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar

Adab dalam mendidik anak.
♥antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan. Sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, iaitu perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat.
♥Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange. Sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.Tatacara didik diri sendiri
♥Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut. Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
♥Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif, emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia:-
BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Rabu, 19 September 2012

BAJU ON9

Haiiii...
tbe2 mari meroyan nak update Blog.
seminggu yang lepas Cikmala tengok lam FB 
ada design baru dari MISSLADYANA
Cikmala tanya PAKWE * CANTIK TAK?*
cantik sangat kata dye.
beli la sekali ngan skiirt
Cikmala apa lagi....
risik punya risik
masih ada lagi...
wah,teruja betul Cikmala
semua sekali harga RM125 termasuk ngan postage
cantik tak????
cepat cakap cantik...
wah, paksa lak

MAJLIS HARI RAYA KONTINJEN TERENGGANU

Haiiii....
cer teka mana 1 Cikmala
tarraaaaaaaaaaa......
suspen ler kunun
NIE MASA majlis hari raya tempat Cikmala kerja
Jabatan Cikmala buat gerai tema NEGERI KELATE
menu LAKSAM & LAKSA
 jangan tak tahu
KAMI JUARA
wakakaka,,, camne leh menang nie......


 MB Terengganu
Cikmala pong tak sempat nak tengok MB melawat
duk BZ kata kam










Isnin, 17 September 2012

INFO TENTANG E-PJJ

haiiiii...
entry Cikmala semalam mengenai borang2 yg Cikmala nak kena antar.entry ari nie plak pasal info e-PJJ nie pulak.yg tahu buat2 ler dop tau.hahahhaha.....Cikmala yg sebenarnya baru nal amik tau..ngeeeee

Info
♥kelebihan e-PJJ di UiTM
Bagi mereka yang sedang bekerja.
♥yuran pengajian yang murah berbanding dengan IPTA/IPTS yang lain.
♥pembelajaran Maya
♥penggunaan teknologi dalam pendidikan
♥Khidmat bantuan sokongan
♥nota serta rujukan latihan yang berkualiti
♥kadar yuran yang murah dan berpatutan
♥bantuan pembelajaran dari pelbagai sumber
♥pelbagai kaedah pembelajaran 

Seminar
Seminar akan diadakan lima (5) kali setiap semester melalui interkasi dua hala bergantung kepada jadual seminar yang ditetapkan. Seminar berlangsung pada hari Ahad bermula dari 8.30 pagi sehingga 6.15 petang.

Kelas Maya e-PJJ
Kursus dibawah program e-PJJ turut berlangsung menerusi kelas maya. Kelas ini boleh diikuti menerusi talian jalur lebar walau dimana sahaja anda berada.
Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah:Maklumat terkini berkenaan kursus dan program.Pengumuman penting dari koordinator program.Perbincangan bersama pensyarah dan sahabat.Pertukaran idea serta debat isu akademik.Pertanyaan soalan, penerangan dan maklumbalas dari pensyarah.Akses, baca, cetak serta muat turun nota yang dikemaskini pensyarah dari masa ke semasa. 

Permohonan Dan Kemasukan
Pengambilan pelajar baru untuk semua kursus diadakan 2 kali setahun:Pra Diploma / Diploma (Mei Dan November)Ijazah Sarjana Muda (Mac dan September)Bayaran sebanyak RM12 akan dikenakan untuk setiap penghantaran permohonan. Permohonan bolehlan dibuat menerusi sesawang http://ined.uitm.edu.my.Bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan telah mengambil Malaysia University English Test (MUET). 

Jangkamasa Pembelajaran
Pra Diploma - 1 SemesterDiploma/Ijazah Sarjana Muda - 4-8 Tahun 

Bayaran Yuran
Yuran PengajianPra/ Diploma - RM90 per jam kredit
Ijazah Sarjana Muda - RM100 per jam kredit

Yuran Aktiviti
Pra/Diploma - RM25 per semesterIjazah - RM50 per semester

Yuran Lain-Lain
Semester Satu (1) - RM109 per semesterSemester berikutnya - RM46 per semester

Sabtu, 15 September 2012

DAH TUA BARU NAK BELAJAR

Haiii...
dah tua-tua baru nak belajar
otak pong dah keras semacam
hahhahaa.....
dulu cikmala nak belajar PAKWE tak bagi
bila skang Cikmala duk sorang2
PAKWE Cikmala kata
* AYG, BELAJAR LA....ABANG TOLONG*
wah,semangat tue dtg balik
jadi Cikmala godek2 la kat INTERNET
kemasukan DIPLOMA tahun 2012
jadi Cikmala ec borang on9
ec2, cari surat beranak tak jumpa
Cikmala post laju borang,surat pengesahan majikan & wang pos ujung bulan 8 tak silap Cikmala
semalam Cikmala terima mesej
dari no 15888 * dokumen dihantar tak lengkap.semak status permohonan.
sila hantar sebelom 19/9/2012
Cikmala semak status permohonan
* SURAT BERANAK
* WANG POS TAK CUKUP ^konpius^
ari isnin la jawap dye Cikmala post semula dokumen
Cikmala pilih
DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM- UITM Dungun
DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN- UITM Shah Alam
mudah2an Cikmala dapat EPJJ nie

Jumaat, 14 September 2012

10 MANUSIA DI DOAKAN MALAIKAT

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
♥Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
♥Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.
♥”Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.♥’”Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.
♥”Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.
♥”Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.
♥”Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.
♥’”Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.
♥’”Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…
♥’”Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.
♥”Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Rabu, 12 September 2012

PAKEJ KE PULAU PERHENTIAN

PACKAGE 1 INCLUSIVE OF

- 2 Nights Aircond Room with Bathroom
Attach & Hot shower.
- 1 snorkeling trip with 5 spots (equipment
provided) + island hopping +
experienced guided
- 2 Ways boat transfer

price : 310/person

PACKAGE 2 INCLUSIVE OF

- 2 Nights Fan Room with Bathroom Attach
- 1 snorkeling trip with 5 spots (equipment
provided) + island hopping +
experienced guided
- 2 Ways boat transfer

price : RM250/person

PACKAGE EXCLUSIVE OF

- Marine park fees RM5/person
- Water taxi RM2/person

WE ALSO PROVIDE

- 3D2N Fun Dive package
- Open water course package
- Advance open water course package
- Rescue course package
- Dive master course package

For more details please contact us
014-8313650
hairi826@gmail.com

PROSES IUI COMING SOON

Haiii.....
ari nie Cikmala bangun awal sikit
nak cari kat mane letak buku2 rawatan Cikmala
ntah letak kat mana dop tau
seb baik jupe
fouuh...gelabah semacam je KAM..KAM..KAM
kul 8 daftar kat KAUNTER dulu
Cikmala dapat no 193
temujanji kul10
awal lagi nie PK Cikmala
sarapan dulu la.
seb baik ada kantin berdekatan ngan O & G
makan nie saja dah RM6.40
melantak ayam goreng nak murah2 pulak..
kwang3.....
bila DOKTOR Karimah panggil ke bilik 4
Cikmala laju je melangkah
tbe2 talipon bunyi
lagu raya pulak....
Doktor karimah cakap dop abeh lagi raya....:-)
ALHAMDULLILLAH,,, Cikmala takdeq la teruja sangat nak tau keputusan
sebab masa xray hsg DOKTOR dah bagi tau
akhirnya Cikmala dpt IUI Planner
period ke 2 Cikmala kena makan clomid sampai ari ke 5
5 biji klomid, 1 hari 1 biji OK!!!
hari ke 7 Cikmala kena COCOK ubat selama 3 hari
dan hari ke 12 SCAN nak tengok telur
pas2 36 jam lepas tue IUI TIME ler jawap dye
PAKWE Cikmala kena la wajib ada...nguhahahahahha
APA ITU IUI?
t Cikmala buat entry yea
dah dapat IUI Planner Cikmala pergi ke kaunter farmasi
opsss,, cantik2 pegawai farmasi nie
cam kucing parsi..ngeeeee
NO 4113 Cikmala dapat
takdeq la tunggu lama sangat kalu kaunter banyak nie

Selasa, 11 September 2012

APA ITU IUI

Haiiii....
nie entry Cikmala mengenai IUI nie
Cikmala pong bukan faham sangat apa doktor ckp
terpaksa la bukak INTERNET.
baca apa yang patut

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

GERAM

Haiiii.....
lama Cikmala tak dapat nak on9 pakai laptop
dah baiki, lain pulak yang rosak
hangin je Cikmala tau.
hantar kedai china,,
layanan cam hampeh....
lastnya Cikmala mintak tolong
budak Bahagian IT Jabatan Logistik IPK Trg
ok la....
daripada KEYBOARD takleh tekan
skang boleh dah.

Khamis, 6 September 2012

MODEL DALAM KERETA

Haiiii.....
Cikmala update blog pakai hpon
Cikmala betul2 rindu nak jalan2 kat blog korunk
tapi tak dpt.line betol2 sempot
nie Cikmala tengah takdeq keje..
jgn tiru aksi dibawah haaaaaa♥















ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...