NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Khamis, 30 Ogos 2012

HOBI BARU CIKMALA

Haiii...
Sejak keluarnya shiling baru
Cikmala terlalu taksub.wahhh!!!!
Cam besor sgt bunyi
Pakwe Cikmala ckp esok tak laku baru tahu
Jeles ler tue ♥♥
Walaupon ada hobi baru
Hobi lama cikmala tak lupa....
Baru siap asingkan shiling 50 sen ngan 20sen
Kalau sape2 sekitar terengganu
Nak tolong cikmala
Kita leh tukar...hehehehehe
Bye3..



Rabu, 29 Ogos 2012

REsepi sATAY LILIT CIKMALA

Haiii....
Sempena org duk bz nak buat rumah terbuka
Nie Cikmala ada resepi yg lain dari lain.

BAHAN2NYA
250 GM Ikan tenggiri( dikisar)
100 GM daging (dikisar)
50 santan pekat
2 biji limau purut (diperah jus)
2 sudu besar gula merah (diparut)
20 tangkai serai untuk mencucuk sate

REMPAH HALUS
8 labu bawang merah goreng
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 sudu teh belacan bakar
1 sudu teh lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA
Tumis rempah halus sehingga naik bau
Kemudian camporkan semua bahan dan rempah halus digaul rata.
Bulatkan bahan dan cocok pada batang serai
Bakar sate ikan sehingga masak


TIPS BERBAJU KURUNG RUMAH TERBUKA

Haiiii....
Kali nie cikmala kembali
Kembali dengan tips2 sempena bulan syawal yg mulia ini.cewaaaaahhhh ♡♡

♥ gayakan bersama selendang agar lebih anggun.jika di pejabat mungkin penyaman udara terlalu sejuk. Jangan mengenakan jaket atau kot di luar sebaliknya baluti dgn sehelai shawl
♥ labuh baju lebih kurang paling sesuai ialah dua jari atas lutut.boleh juga hanya di paras lutut atau dua jari bawah paras lutut
♥ panjang kain dua jari bawah buku lali
♥ panjang lengan lebih kurang paras pergelangan tangan.
♥ jika baju terlalu labuh, membuat si pemakai kelihatan lebih pendek
♥kain susun tepi paling sesuai untuk rekaan baju kurung tradisi
♥rekaan selisih tutup atau belah juga boleh digayakan bagi memperoleh kesan lebih kucup di bahagian kain.
♥ lengan baju kurung jgn terlalu senteng, nanti kelihatan seperti anda baru selesai cuci pinggan di dapur
♥ memakai kancing setiap masa ketika berada di majlis rasmi
♥ jgn sesekali menyinsing lengan baju kerana nampak tidak manis
♥ pilihan bunga kecil untuk rekaan baju kurung akan memberi kesan lebih manis dan lembut dipandang.corak bunga besar akan menampakkan kain tersebut lebih murah dan tidak sesuai buat mereka yg bertubuh gempal
♥ jahitan sulaman di bahagian leher dan tgn akan menyerikan lagi penampilan berbaju kurung.tetapi pastikan sulaman sederhana sekiranya baju kurung anda berbunga.jika polos boleh sarat dengan sulaman renda bagi impak lebih glam
♥ penggunaan perhiasan yg menarik antara eleman menambah gaya.andai berbaju kurung labuh.kenakan rantai labuh dan hiasan kerongsang di bahagian dada baju
♥ elak membeli baju kurung siap tanpa mencubanya terlebey dahulu.kiranya baju tersebut besar.ia akan membuatkan gaya anda nampak murah dan tidak kemas terletak
♥ gabungan dua fabrik kain boley membuatkan penampilan anda berbaju kurung kelihatan mewah.contohnya menggabungkan baju kurung kain cita dan kain tenun.
♥ gunakan kebijaksanaan Anda menggabungkan rona lembut dan garang.permainan rona ini selalunya lebih menarik dari satu nada yg sama

Sabtu, 25 Ogos 2012

KUANTAN AIRPORT

Haiiii....
tak terlambat rasa Cikmala
nak mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA
skang dah raya ke-7
Cikmala nak update cerita sehari sebelom raya
kami semua hantar ABAH NGAN MAMA MERTUAKU
kat airpot KUANTAN
tahun nie diorg raya kat sabah
tak merasa la rendang ayam ABAH MERTUAKU tahun nie
tue la al-kisah dye... 
nie je gambar Cikmala dapat UPLOAD
bb banyak gambar kat dalam camera
tak sempat nak keluarkan lagi.
kalu korunk nak tengok
dan rajin  KLIK KAT CNI

Sabtu, 11 Ogos 2012

BUFFET RAMADHAN-MEGA VIEW HOTEL KUANTAN

Haiiii....
Jumaat, pagi Cikmala balik Kuantan
naik bas.
berbuka bersama PAKWE n keluarga mertua Cikmala
destinasi berbuka
BUFFET RAMADHAN MEGA VIEW HOTEL KUANTAN
Cikmala tak SNAP PIC banyak
bb sibuk nak berbuka
table kitorunk duk betul2 mengadap ke sungai
lauk2 pong sodap2 belaka.
Cikmala dapat test NASI MINYAK AYAM MERAH je
pas2 kenyang gler.
cuma boleh tengok
PAKWE Cikmala belasah NASI,MEE KARI,AIS KRIM,DISERT
adik ipar Cikmala makan BUBUR LAMBUK
bajet RM48 1 kepala....
tapi ada org kenal dapat ler RM40 satu kepala.
11 org makan= RM350
balik dari tempat berbuka
kami sekeluarga ke ECMALL Kuantan
abes berjalan
minum lagi kat COFFEE HOUSE
cikmala mmg tak larat nak melantak KEROPOK LEKOR










Selasa, 7 Ogos 2012

SAMBAL IKAN BILIS DGN KENTANG

Haiii....
camne pose korunk ari nie.
Cikmala steady lagi
walaupon makan MAGGI TOMYAM je sahur.
padahal dalam ati nop melantak nasi..
hahahhaha.....
bulan2 pose nie mula la...
hati ngan perut nie ngada2 mintak yg bukan2
teringin pulak nak makan 
SAMBAL IKAN BILIS with KENTANG
peberet kami laki bini..
seminggu makan takpe lagi...
senang je nak buat nie.
jom Cikmala ajar
(walaupon korunk dah tau buat sendiri tak payah tengok resepi)
sangat sedap di makan dengan NASI LEMBIK n PANAS gler2
Cikmala sgt teringn nak letak PETAI
tapi pakwe Cikmala tak makan.
jadi kena la meroyan senyap2 je
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap toskan dan perah airnya
1 biji bawang besar
1 camca besar bawang goreng
2 camca besar jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa ( Cikmala gedix sgt nak letak CUKUP RASA)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Kentang dikupas, belah 2 dan hiris sederhana tebal kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ikan bilis digoreng hingga garing, angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkn cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan bawang besar dan masak sekejap. Tambah kentang, ikan bilis dan bawang goreng, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

Ahad, 5 Ogos 2012

CIKMALA DEMAM BISKUT RAYA

Haiii....
puasa bartu 17 hari
Cikmala betul2 demam
nak makan RENDANG AYAM ngan BISKUT RAYA
huaaaaaaa,,,,tak sabar






SALAM NUZUL AL-QURAN

Haiiii...
ari nie Cikmala bercuti
sempena NUZUL AL-QURAN
Cikmala crite sikit pasal NUZUL AL-qURAN nie
yang Cikmala tau...
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripadaSurah Al-Alaq.
p/s : Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah.

AYAM GULUNG BLACKPEPPER

Haiiii....
ari nie Cikmala ke 
BAZAR RAMADHAN TMN SYAHBANDAR K/TRG
nak beli IKAN BAKAR untuk sahur nanti
wah,,sibuk nak beli untuk sahur
berbuka pong belom!!
sebenarnya Cikmala dah beli NASI KERABU ALA THAI untuk berbuka
sambung balik STORY MORY tadi.......
tengah duk pilih2 ikan,,
Cikmala terpandang meja sebelah
AYAM GULONG
nampak cam sedap je...
pakwe Cikmala kata beli la TRY test kali
Cikmala silap
Cikmala ingat 1 jenis je
rupanya ada dua jenis
satu bakar & 1 lagi goreng..
Cikmala dah tertunjuk bakar punya
hentam saja la LABU
tarraraaaaaaaaaaa..........
korunk pnah tengok tak ayam gulong nie!!!

Jumaat, 3 Ogos 2012

IBU BAPA YG MEMPUNYAI ANAK BERMASALAH DLM PEMBELAJARAN

Haiiii....
kali nie Cikmala nak crite pasal ONLINE STUDYING

Perintis dan pemimpim dalam portal e-pembelajaran.

Ditubuhkan sejak 1999.

Amat berkesan membantu Pelajar bersedia menghadapi peperiksaan 

dan mencapai kecemerlangan A.


Kemaskini 100% sukatan mata pelajaran berasaskan 


Kementerian Pelajaran Malaysia.
Misi
Memartabatkan Pendidikan dan Memperkasakan Ekonomi Diri,


Keluarga dan Ummah
Keterangan
Membongkar rahsia pelajar zaman internet yang setia dengan KOMPUTER , 


rajin berFACEBOOK , terpaut dengan YOU-TUBE , 


terpikat dengan GAMES yang meLEKAkan...............


-Ibubapa Mempunyai Anak yang bermasalah dalam Pelajaran

-Keluarga Yang Mementingkan Kejayaan Pelajaran Anak

-Ibubapa yang sibuk dengan pekerjaan

-Keluarga mempunyai anak yang suka pada komputer.

Anda ingin tahu caranya?


pm LEARN X ONLINE STUDYING

Program Yang Sungguh Hebat

Anak/Pelajar Score A, IbuBapa/Kita Score RM


(RM30,000 sebulan dalam masa 3 bulan) 

Khamis, 2 Ogos 2012

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Haiii...
hujan la kat TGANU hari nie.
takdeq la rasa penat sangat rasanya berpuasa bila hujan.
Rasulullah s.a.w bersabda: 
apabila seorang suami memandang kepada isterinya 
dan isterinya memandang kepadanya, 
maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. 
Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, 
maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih)

BIASAKAN YG BETUL & BETULKAN YG BIASA

Haiiii....
hari nie Cikmala pegi ceramah agama
kat SURAU AL-HIDAYAH IPK TERENGGANU 
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
Cikmala cedok sikit2 tajuk ceramah
untuk tatapan korunk
makan sahur
Hadith :
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.
(al-Bukhari dan Muslim)

Sunat Berbuka Dengan Kurma
Hadith :
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.
 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian
1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
solat Rawatib
Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)


Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
  2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor�
  2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
  4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum Isyak.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...